Cari:
Kerjasama China-ASEAN Kembang Pesat
2016-04-15 14:14:20 CRI Cetak

Walaupun China dan beberapa negara ASEAN terlibat dalam pertikaian wilayah serta hak dan kepentingan maritim, namun kerjasama China-ASEAN tidak terhenti, sebaliknya berkembang semakin pesat. Demikian dinyatakan anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi ketika menyampaikan ucapan di Institut Pengajian Hubungan Antarabangsa Perancis di Paris semalam.

Yang berkata, pertukaran lawatan antara pemimpin China dan negara ASEAN kerap diadakan setiap tahun. Program pertukaran dalam kalangan rakyat juga diperluaskan dengan melibatkan 23 juta orang pada tahun lalu yang mencipta rekod baharu. Selain itu, kerjasama pragmatik dan efisien dijalankan dalam pelbagai bidang, termasuk projek pembinaan landasan kerata api berkelajuan tinggi, kerjasama kapasiti pengeluaran dan kewangan.

Tahun ini ialah ulang tahun ke-25 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN. China akan terus memperkasakan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dan memberikan sumbangan baharu kepada kemakmuran dan kestabilan Asia bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China