Cari:
China, Vietnam Hargai Hubungan Persahabatan
2016-09-14 12:43:25 CRI Cetak

China dan Vietnam akan mengekalkan kepimpinan Parti Komunis dan sistem sosialis, yang merupakan kepentingan strategik bersama paling utama bagi kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc di Beijing semalam.

Xi Jinping menyatakan bahawa hubungan bilateral terus mengekalkan trend perkembangan yang baik.

Beliau berharap agar kedua-dua pihak dapat meningkatkan kerjasama dan pertukaran lawatan peringkat tinggi, menggalakkan kesepaduan strategik, memperkukuh kerjasama saling menguntungkan, memperkasakan pertukaran sosiobudaya dan menggalakkan perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam berkembang ke tahap baharu, supaya membawa lebih manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Nguyen Xuan Phuc pula menyatakan bahawa mewarisi dan mengembangkan persahabatan tradisional yang dijalinkan pemimpin terdahulu seperti Ho Chi Minh dan Mao Zedong, bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas kedua-dua pihak dalam jangka masa panjang, bahkan berfaedah kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.

Vietnam sentiasa mengingati dan berterima kasih kepada Parti Komunis China dan kerajaan China kerana memberikan sokongan padu dan bantuan kepada usaha liberalisasi dan pembangunan sosialis Vietnam.

Vietnam sentiasa mengutamakan hubungan Vietnam-China dalam hubungan luarnya.

Beliau berharap dapat memupuk rasa saling mempercayai dalam politik dengan China, menggalakkan kerjasama pragmatik, mengawal perselisihan dengan baik demi menggalakkan persahabatan tradisional dan perkongsian strategik komprehensif Vietnam-China berkembang dengan stabil dan sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China