Cari:
AS akan Tamatkan Sekatan terhadap Myanmar
2016-09-15 14:49:40 CRI Cetak

AS akan menamatkan sekatan terhadap Myanmar, yang telah dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang, "tidak lama lagi".

Demikian dikatakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama setelah ditemui Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi di White House semalam.

Obama berkata, Myanmar telah mengalami peralihan politik dan ekonomi yang penting sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut kenyataan bersama AS dan Myanmar, Washington akan menamatkan Undang-undang Kecemasan Negara yang menyasar Myanmar dan membatalkan semua sekatan di bawah rangka kerja arahan eksekutif Presiden.

Aung San Suu Kyi pula menyatakan bahawa Myanmar sudah bersedia untuk mengembangkan ekonomi negaranya melalui jalinan kerjasama dengan dunia luar. Oleh itu, sekarang "sudah tiba masanya untuk membatalkan semua sekatan yang menjejaskan ekonomi Myanmar".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China