Cari:
Konsert Persahabatan China-ASEAN 2016 di Haikou
2016-10-15 14:52:58 CRI Cetak

Konsert Persahabatan China-ASEAN 2016 anjuran bersama Radio Antarabangsa China (CRI), Kumpulan Penyiaran Hainan, Jabatan Pentadbiran Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Guangxi serta media-media dari sepuluh negara anggota ASEAN diadakan di bandar Haikou, provinsi Hainan, malam tadi.

Artis-artis dari negara anggota ASEAN dan China mempersembahkan lagu-lagu klasik sebagai tanda persahabatan dalam konsert ini.

artis dari Kemboja, Aok Sokunkanha

China dan negara-negara Asia Tenggara bukan sahaja jiran baik, tetapi juga mempunyai keunikan budaya masing-masing yang boleh wujud bersama secara harmoni. Seni muzik pula merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di rantau ini.

artis dari Brunei, Fakhrul Razi

Konsert yang bertemakan kesayangan dan persahabatan itu bertujuan untuk membangkitkan semangat muhibah di kalangan rakyat.

Untuk menyerikan lagi konsert berkenaan, delegasi penggambaran CRI dan Stesen TV Guangxi melawat ke 10 negara ASEAN untuk mencari lagu-lagu klasik yang dapat memperlihatkan dan mewakili budaya negara masing-masing, dan akan menerbitkan siri program TV berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China