Cari:
Iltizam Tiga Negara Buru Pengganas
2016-11-11 12:33:52 CRI Cetak

Malaysia dan Filipina bersepakat untuk mewujudkan satu kerjasama trilateral yang turut melibatkan Indonesia dalam usaha memburu penculik dan pengganas secara merentas sempadan.

Persepakatan itu dicapai pada mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Rodrigo Duterte di Putrajaya semalam.

Najib berkata, kerjasama itu jelas me­nunjukkan komitmen ketiga-tiga negara untuk menghapuskan insiden penculikan yang semakin membimbangkan, khususnya di negeri Sabah.

Sebagai tindakan lanjut, Najib berkata, ketiga-tiga negara melalui Kementerian Pertahanan masing-masing akan mengadakan pertemuan di Vientiane, Laos pada 22 November depan bagi menyusun satu rangka kerja khusus untuk misi pemburuan berkenaan, termasuk prosedur operasi standard (SOP) dan aspek perundangan sebelum misi itu dapat dilaksanakan.

Misi pemburuan berkenaan bermaksud, mana-mana pasukan keselamatan dari ketiga-tiga negara diberikan kebenaran untuk memasuki sempadan bagi mengejar penculik atau pengganas.

Dalam pada itu, Duterte membenarkan pasukan keselamatan Malaysia dan Indonesia yang memburu dan mengejar kumpulan penculik dan pengganas untuk memasuki sempadan perairan negara berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China