Cari:
Lebuh Raya No.51 Kemboja Mula Dibina
2017-03-15 11:41:19 CRI Cetak

Hasil pembangunan kemboja dijayakan dengan persekitaran pembangunan yang damai dan stabil.

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo ketika menghadiri upacara pecah tanah projek lebuh raya No.51 negara itu yang dibina dengan pinjaman kerajaan China semalam.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Sar Kheng yang mengetuai para pegawai kanan kerajaan, turut menyaksikan upacara tersebut.

Xiong Bo berkata, sejak menjawat jawatan Duta Besar ke Kemboja pada 13 Februari lalu, beliau telah menghadiri tiga majlis perasmian dan pecah tanah bagi projek jalan raya dan jambatan hasil kerjasama China-Kemboja.

Hal tersebut jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen sangat mementingkan kerjasama dan hubungan bilateral dengan China, selain memperlihatkan kerjasama yang saling menguntungkan dan rapat antara China dengan Kemboja.

Tambah beliau, pencapaian sosioekonomi Kemboja memberi kesan mendalam kepada beliau.

Dalam tempoh 20 tahun, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Kemboja meningkat 4.4 kali ganda, Kemboja menjadi salah sebuah negara yang paling dinamik dan berpotensi di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China