Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli ditemui Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Beijing semalam.
Menurut Zhang Gaoli, China memandang penting hubungan dengan Singapura. Berikutan persidangan kerjasama dua hala pada Februari lalu, interaksi dan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang membuahkan hasil yang memberangsangkan.
Dengan mengintensifkan perkongsian strategik antara satu sama lain, China dan Singapura akan terus berusaha untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran serantau.
Zhang Gaoli berkata, China bersedia memperkukuh kesalingpercayaan politik dengan Singapura, bersama-sama menjayakan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), mempergiat kerjasama pragmatik, meningkatkan kerjasama kewangan, dan meningkatkan penyelarasan multilateral demi mengembangkan hubungan kerjasama muhibah antara kedua-dua negara.
Tharman Shanmugaratnam mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas ulang tahun ke-20 Hong Kong kembali ke tanah air China.
Pihaknya bersedia untuk menggalakkan kesalinghubungan, sokongan kewangan dan kerjasama tiga pihak dengan China dalam rangka B&R.