Bank Laos-China, iaitu bank usaha sama China dan Laos, membuka cawangan pertama di Boten, provinsi Namtha yang terletak di sempadan kedua-dua negara. Pembukaan cawangan itu bermanfaat bagi pembangunan ekonomi tempatan dan kerjasama kewangan antara kedua-dua negara.
Cawangan Boten terletak di zon kerjasama ekonomi rentas sempadan Mohan-Moten. Pengoperasian cawangan itu dapat melicinkan transaksi rentas sempadan menggunakan mata wang Renminbi, di samping menggalakkan kerjasama China-Myanmar dalam urusan kewangan.