Cari:
Sidang Ketiga Jawatankuasa Kerjasama Bilateral China-Indonesia
2018-02-10 14:30:17 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi bersama-sama mempengerusikan Sidang Ketiga Jawatankuasa Bersama Kerjasama Bilateral China-Indonesia yang diadakan di Beijing semalam.

Wang Yi berkata, tahun ini adalah ulang tahun ke-5 terjalinnya hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Indonesia. China bersedia terus mempererat hubungan peringkat tinggi dengan Indonesia, bersama-sama menggalakkan kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R), dan mendorong hubungan bilateral berkembang secara menyeluruh dan mendalam. Memandangkan landasan kereta api laju Jakarta-Bandung merupakan projek bersifat mercu tanda dalam pelaksanaan inisiatif B&R, China bersedia bekerjasama dengan Indonesia bagi menggalakkan permulaan projek tersebut secara menyeluruh. China juga bersedia membincangkan kerjasama koridor ekonomi Sumatera Utara, Sulawesi Utara dan Kalimantan Utara dengan Indonesia.

Wang Yi menyatakan, China mementingkan peranan Indonesia dalam ASEAN, bersedia berkerjasama dengan Indonesia bagi mendorong penaiktarafan hubungan China-ASEAN sempena peluang ulang tahun ke-15 terjalinnya hubungan Perkongsian Strategik China-ASEAN pada tahun ini, membincangkan model kerjasama baharu dalam rangka kawasan pertumbuhan timur ASEAN, menyuntik tenaga baharu kepada pembangunan Komuniti ASEAN dan integrasi serantau, dan menggalakkan rundingan Perjanjian Hubungan Rakan Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP). China bersedia bersama-sama Indonesia memikul tanggungjawab antarabangsa, dan menangani isu penting antarabangsa dan serantau supaya bersama-sama membentuk hubungan antarabangsa jenis baharu.

Retno Marsudi menyatakan bahawa China merupakan rakan strategik penting bagi Indonesia. Hubungan bilateral yang berkembang pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini membawa faedah yang benar-benar kepada rakyat. Indonesia bersedia berusaha bersama dengan China merancangkan huhungan peringkat tinggi, meningkatkan penyelarasan antara pelaksanaan strategi Poros Maritim Dunia dengan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, mendorong kerjasama pragmatik seperti landasan kereta api laju Jakarta-Bandung dan koridor ekonomi Sumatera Utara, Sulawesi Utara dan Kalimantan Utara, dan mempererat hubungan sosiobudaya supaya meningkatkan hubungan bilateral ke tahap baharu. Indonesia mengalu-alukan penyertaan China dalam kawasan pertumbuhan timur ASEAN serta menyokong pembangunan Komuniti ASEAN. Pihaknya bersedia terus bekerjasama dengan China bagi mempererat hubungan ASEAN-China, mengawal hala tuju kerjasama serantau dan memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China