Cari:
HSR Malaysia-Singapura Lulus EIA
2018-04-05 11:55:14 CRI Cetak

Laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Menurut kenyataan Syarikat HSR Malaysia semalam, laporan tersebut diserahkan kepada jabatan berkenaan pada 13 Disember tahun lalu, dan dibuka untuk maklum balas awam pada tempoh antara 27 Disember hingga 25 Januari tahun ini.

Projek HSR sepanjang 350 kilometer ini menelan belanja USD12 bilion (RM46 bilion) dan dijangka akan beroperasi pada 2026. Masa perjalanan antara Singapura dengan Kuala Lumpur akan dipendekkan daripada empat hingga lima jam, kepada hanya 90 minit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China