Cari:
Gou Haodong, Ketua Konsul China ke Denpasar
2018-04-14 15:18:23 CRI Cetak

Ketua Konsul China ke Denpasar, Indonesia, Gou Haodong yang baru menyandang jawatannya mengadakan jamuan di Bali kelmarin. Kira-kira 350 orang termasuk gabenor provinsi Bali, Mangku Pastika, pegawai tempatan, diplomat asing ke Denpasar, wakil perantau China dan orang keturunan Cina, wakil syarikat China dan wartawan menyertai jamuan kali ini.

Gou Haodong berkata, hubungan rakan strategik komprehensif antara China dengan Indonesia kini berada pada fasa yang terbaik dalam sejarah. Kerjasama bilateral membuahkan hasil yang memuaskan. Jumlah pelancong China yang melawat Bali terus membaharui rekod dan mencecah 1.38 juta orang pada tahun lalu. Pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan penduduk tempatan untuk mewujudkan pembangunan bersama-sama.

Mangku Pastika pula menyanjung tinggi peranan konsulat China dalam kerjasama dan pertukaran antara provinsi Bali dengan provinsi dan bandar yang berkenaan di China. Menurutnya, pihaknya akan mengekalkan komunikasi yang rapat dengan konsulat China agar merapatkan hubungan persahabatan antara rakyat dan kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China