-
Untuk membantu supaya lebih ramai orang mengenal dan dapat membaca huruf China, kerajaan China telah mengeluarkan “Rancangan Pinyin China” pada tahun 1958. Rancangan itu berdasarkan lafaz bahasa Mandarin dan menggunakan abjad Latin untuk membunyikan huruf China. Rancangan Pinyin China merupakan sistem simbol untuk menunjukkan lafaz dan mengandungi dua bahagian, iaitu konsonan dan vokal. Konsonannya berjumlah 21 dan vokalnya berjumlah 39. Dalam aspek lafaz, Pinyin mempunyai empat nada, iaitu nada mendatar, nada naik, nada turun dan naik, dan akhirnya nada turun. Satu Pinyin boleh mempunyai empat nada yang berbeza, setiap nada mempunyai erti yang berbeza. Seperti, 妈(ma1), nada mendatar.
-
Kata nama dalam bahasa China mempunyai penjodoh bilangan di depannya. Ini serupa dengan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Seperti 一头牛(yi4 tou2 niu2), 牛(niu2) bermaksud “lembu”,头(tou2) di sini ialah penjodoh bilangan bagi lembu. 一头牛(yi4 tou2 niu2)bermakna "seekor lembu".Penjodoh bilangan dalam bahasa Mandarin banyak. Namun, 个(ge4) ialah penjodoh yang amat umum.“dua” dalam bahasa Mandarin ialah 二(er4). Namun, apabila angka “dua” diikuti oleh penjodoh bilangan, kami akan menggunakan perkataan 两(liang3) untuk mengatakan “dua”. Misalnya,两个人(liang3 ge4 ren2) yang bermaksud “dua orang”.
-
Bahasa Mandarin juga menggunakan banyak kata majmuk. Mungkin hampir sama dengan bahasa Melayu. Apa yang dilambangkan dengan satu kata dalam bahasa Inggeris mungkin dilambangkan dengan dua atau tiga kata dalam bahasa Mandarin. Misalnya, “train” disebut sebagai 火车(huo3 che1), bermaksud “kereta api”.“Automobil” disebut sebagai 汽车(qi4 che1).“Bas” disebut sebagai 公共汽车(gong1 gong4 qi4 che1).“Basikal” pula disebut sebagai 自行车(zi4 xing2 che1).