Menurut akhbar Harian Guangxi China, dalam setengah tahun pertama tahun ini, pelancong dari ASEAN yang melawat ke Bandar Guilin China meningkat secara besar-besaran, jumlahnya mencapai lebih 47 ribu orang, bertambah 25.7 ribu orang daripada tempoh yang sama tahun lalu, jumlah pelancong dari Malaysia dan Thailand masing-masing meningkat lebih 256% dan 86%. Tokoh dalam sektor pelancongan Malaysia berpendapat, Guilin sudah menjadi destinasi pelancongan yang paling menarik kepada pelancong Asia Tenggara selepas Beijing dan Shanghai.
Sejak tahun ini, untuk menjayakan Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan di Nanning Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, Guiling aktif meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan ASEAN dalam sektor pelancongan, ekonomi, perdagangan dan kebudayaan. Pada pertengahan Mac lepas, kerajaan bandar Guilin menyelenggarakan jabatan pelancongan, kebudayaan dan perdagangan dan lain-lain bandar itu melawat Singapura, Malaysia dan Thailand untuk menemui pegawai kerajaan negara tersebut, menarik pelaburan, mengadakan pertukaran budaya dan promosi. Kegiatan tersebut telah mendapat reaksi yang baik di ketiga-tiga negara tersebut, jumlah pelancong dari 3 negara tersebut yang melawat Guilin telah meningkat besar-besaran.
Pembukaan laluan penerbangan antara Guilin dan negara-negara ASEAN merupakan faktor yang penting untuk meningkatkan jumlah pelancong dari ASEAN ke Guilin pada tahun ini. Sejak April lepas, pesawat dari Malaysia ke Guilin telah meningkat kepada 2 penerbangan seminggu berbanding satu penerbangan semingu pada penghujung tahun lalu. selain itu, antara Guilin-Kuala Lumpur juga disediakan penerbangan cater. Sejak April lepas, pesawat dari Bangkok ke Guilin juga meningkat kepada 7 penerbangan seminggu daripada 3 penerbangan seminggu pada masa dahulu, terdapat penerbangan antara Guilin-Bangkok setiap hari. Guilin dan Singapura juga memeterai perjanjian kerjasama penerbangan cater, perjanjian itu mulai berkuat-kuasa sejak awal April.
Agensi Pelancongan Guilin juga bekerjasama dengan pelbagai destinasi pelancongan di Guilin untuk meneroka pasaran ASEAN. Ketua bahagian Singapura, Malaysia dan Thailand Agensi Pelancongan Antarabangsa China Guilin Encik Liu memaklumkan, pada Januari hingga Jun lepas, bahagiannya telah menerima 7 ribu orang pelancong dari Singapura, Malaysia dan Thailand, meningkat 50 kali ganda daripada tempoh yang sama tahun lalu. Selain destinasi pelancongan klasik, Guilin juga mengemukakan banyak destinasi pelancongan yang baru, destinasi-destinasi tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada pelancong dari ASEAN. Untuk menjayakan Ekspo China-ASEAN, agensi pelancongan tersebut terutamanya mengundang usahawan dari ASEAN meninjau Guilin dan Nanning. Sekarang, sudah terdapat 200 orang usahawan dari Singapura, 100 orang dari Thailand dan lebih 400 orang dari Malaysia akan menyertai pakej tersebut.
1 2
|