Menurut Kementerian Perdagangan China, Jabatan Am Pentadbiran Pelancongan Vietnam memaklumkan, dalam setengah tahun pertama tahun ini, Vietnam telah menerima lebih 380 ribu pelancong dari China, menempati 31% pelancong asing ke Vietnam.
Dilaporkan, dalam setengah tahun pertama tahun ini, Vietnam telah menerima 1.39 juta pelancong asing, jumlah pendapatan dari sektor pelancongan mencapai lebih kurang 870 juta Dolar Amerika, masing-masing meningkat 30% dan 30.5% daripada tempoh yang sama tahun lalu.
Menurut Kementerian Perdagangan China, Kementerian Pelancongan Filipina baru-baru ini telah menubuhkan agensi pelancongannya di Beijing untuk menarik lebih ramai pelancong dari China.
Penubuhan agensi tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan Kementerian Pelancongan Filipina untuk meneroka pasaran antarabangsa. Fungsi agensi itu ialah memaklumkan berita tentang Filipina kepada ratusan agensi pelancongan China. Pada tahun lalu, terdapat lebih 32 ribu pelancong China melawat Filipina, ini telah mencipta rekod sejak China dan Filipina menjalin hubungan diplomatik. Filipina beharap melalui penubuhan agenis itu, jumlah pelancong dari China boleh meningkat satu kali ganda dan boleh mencapai 30% pada tahun depan.
Menurut Agensi Berita China, Jabatan Pelancongan Shanghai baru-baru ini memaklumkan, setelah China mengamalkan dasar bebas visa kepada warga dari Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, pasaran pelancongan Shanghai telah mengalami kesan positif. Dalam setengah tahun pertama tahun ini, jumlah pelancong dan usahawan dari ketiga-tiga negara tersebut yang melawat Shanghai telah mencapai 660 ribu orang, meningkat 43% daripada tempoh yang sama tahun lalu, khususnya jumlah pelancong yang datang sekeluarga meningkat secara besar-besaran.
----Andika 1 2
|