Pada 30 April 1999, Kemboja secara rasmi menganggotai ASEAN dan merupakan negara yang terakhir antara 10 anggota ASEAN. Setelah menganggotai ASEAN, Kemboja giat menyertai kerjasama politik serantau dan proses integrasi ekonomi, secara menyeluruh meningkatkan hubungan kerjasama persahabatan dengan pelbagai negara anggota ASEAN dan negara lain di rantau itu agar berjaya mempercepat langkah pembangunan sosioekonomi negara sendiri.
Sebagai negara anggota baru, Kemboja memainkan peranan aktif semasa menangani hal ehwal dalam ASEAN. Sejak Julai 2002, semasa menyandang negara pengerusi bergilir ASEAN selama setahun, Kemboja telah berjaya menyelenggarakan beberapa sidang kemuncak ASEAN antaranya Forum Pelancongan ASEAN, Persidangan Pembangunan ASEAN—Kawasan Aliran Sungai Meikong ke-4, Sidang Kemuncak ASEAN ke-8, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-6 (10+3), Sidang Kemuncak Kawasan Aliran Sungai Meikong Pertama dan Sidang Tahunan Menteri Luar ASEAN yang dirasmikan pada Jun 2003.
1 2
|