Pada tahun ini, Kemboja telah menyelenggarakan Perhimpunan Kesatuan Parlimen ASEAN ke-25 dan Sidang Menteri Komunikasi ASEAN. Perdana Menteri Kemboja Hun Sen telah mengadakan 3 kali lawatan ke China dan menghadiri Ekspo China-ASEAN Pertama. Aktiviti tersebut telah meningkatkan imej Kemboja dan turut meningkatkan kedudukannya di peringkat antarabangsa.
Kemboja menganggap hubungan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang sangat penting. Berdasarkan statistik kerajaan Kemboja pada tahun lalu, jumlah keseluruhan perdagangan antara kedua-dua negara mencapai 320 juta dolar Amerika iaitu meningkat 16.1% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2002. Pelaburan China di Kemboja bernilai kira-kira 33 juta dolar Amerika iaitu menduduki lebih separuh pelaburan keseluruhan di negara ini.
Kemboja mempunyai syarat geografi dan sumber alam yang unggul. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Kemboja mencapai kejayaan dalam pembangunan infrastruktur. Tetapi disebabkan asas ekonominya kurang baik, ekonomi nasional berkembang berlahan di Kemboja. Pada tahun 2003, Keluaran Dalam Negara Kasar Kemboja hanya berjumlah lebih 370 juta dolar Amerika dan terdapat seramai 36% penduduknya masih pada tahap miskin.
----AZMI 1 2
|