Delta Sungai Mutiara dan kawasan pergunungan serta kawasan bahagian timur-barat Guangdong boleh saling melengkapi, tetapi sistem pentadbiran dan meksnisme sekarang menjejaskan kedua-dua pihak menggunakan kelebihan masing-masing melalui kerjasama.
Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Ekonomi dan Perdagangan Provinsi Guangdong, Liu Xiaojie memaklumkan, Delta Sungai Mutiara dan kawasan pergunungan serta kawasan timur-barat bersama-sama mendorong peralihan industri bermakna kerajaan tempatan Delta Sungai Mutiara mengadakan perancangan dan pelaburan di taman industri yang dibina di suatu tempat di kawasan pergunungan atau kawasan bahagian timur-barat, dan bertanggungjawab menarik pelaburan ke taman industri tersebut. Kerajaan tempatan di kawasan pergunungan dan kawasan bahagian timur-barat bertanggungjawab pengurusan hal ehwal sosial seperti jaminan sosial. Keuntungan ekonomi yang diperolehnya daripada taman industri itu dibahagikan oleh kerajaan tempatan kedua-dua pihak berdasarkan penyelarasan.
Dalam Ekspo Teknologi Ekonomi Delta Sungai Mutiara dan Kawasan Pergunungan ke-3 yang baru berakhir, kedua-dua pihak telah menandatangani 632 buah dokumen tentang projek kerjasama dan kontrak yang dimeterai itu bernilai 54.74 Yuan RMB.
----AZMI 1 2 3
|