Menurut Agensi Berita Xinhua China, Profesor Yan Hanwen, Ketua Pengarah Institut Pendidikan Universiti Perguruan Taiwan atas undangan datang ke Bandar Haerbin Tanah Besar China untuk memberi syarahan. Beliau berkata, pendidikan seks dikenali sebagai pendidikan watak, pendidikan kemanusiaan atau "pendidikan kecintaan". Selain mengajar pengetahuan seks, yang lebih penting ialah memberi panduan di segi konsep moral.
Setelah menyediakan peluang kepada guru mengikuti latihan, mulai Mac 2004, Provinsi Heilongjiang di bahagian timur laut China secara menyeluruh membuka kursus pendidikan kesihatan seks di sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk Sekolah Rendah Gongnongbing Daerah Dongli Bandar Haerbin, ibu kota Provinsi Heilongjiang.
1 2 3
|