Ketika memperkatakan kursus tersebut, Zhu Xiuqing, guru yang telah bertugas selama lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan sekolah berkata, "Kanak-kanak selalu bertanya soalan tentang kesihatan seks di pusat nasihat psikologi sekolah. Kami harus berdasarkan keadaan pertumbuhan badan pelajar, mengadakan pendidikan seks yang sesuai yang mengutamakan pendidikan kesihatan psikologi".
Seperti banyak sekolah lain, Sekolah Rendah Gongnongbing juga mengalami tekanan dari ibu bapa pelajar sewaktu baru membuka kursus pendidikan seks. Terdapat sejumlah ibu bapa pelajar berpendapat bahawa tidak perlu membuka kursus pendidikan seks kerana para pelajar akan mengetahui seks dengan sendiri seiring mereka membesar.
1 2 3
|