Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-08 14:17:14    
Ekspo Pelayaran Cheng Ho Dirasmikan di Shanghai

CRI

11 Julai merupakan hari peringatan ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika. Ekspo Pelayaran Cheng Ho merupakan salah satu daripada 6 aktiviti peringatan penting yang diadakan oleh kerajaan China. Ekspo itu telah dirasmikan di Shanghai hari ini.

Upacara perasmian Ekspo Pelayaran Cheng Ho dan Lautan Antarabangsa yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Komunikasi China, Suruhanjaya Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan, Jabatan Pentadbiran Lautan Negara China dan kerajaan bandar Shanghai telah diadakan di Pusat Pameran Shanghai pagi tadi.

Seramai 700 orang pegawai kerajaan, tetamu dari dalam dan luar negara antaranya termasuk lebih 50 orang konsul pelbagai negara di Shanghai telah menghadiri upacara perasmian tersebut. Menteri Komunikasi China, Zhang Chunxian ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian itu berkata, "Ekspo Pelayaran Cheng Ho dan Lautan Antarabangsa yang diadakan di Shanghai kali ini bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan sejarah pelayaran China pada zaman silam dan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan China dalam usaha pelayaran, pembangunan pelabuhan, pengeluaran kapal dan industri perikanan semenjak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, tetapi juga mempamerkan teknologi tinggi dan kejayaan yang dicapai oleh pelbagai negara lain dalam bidang pelayaran.

Pelbagai aktiviti yang diadakan itu bertujuan agar lebih ramai masyarakat mengetahui sumbangan penting yang dibuat oleh pelayaran Laksamana Cheng Ho terhadap tamadun manusia, dan peranan penting hasil pelayaran dan pengkajian laut terhadap perkembangan sosial. Ini juga akan memberi manfaat kepada pihak kami untuk mengekalkan dasar pintu terbuka, membangun masyarakat harmonis dan meningkatkan pertukaran dan persahabatan dengan pelbagai negara lain.

1  2