|
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-600 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika. Armada yang diketuai oleh Cheng Ho telah melakukan pelayaran sebanyak 7 kali ke lebih 30 negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam tempoh 28 tahun semenjak tahun 1405 hingga 1433.

Ekspo yang didakan kali ini bertujuan untuk memperingati Laksamana Cheng Ho, meningkatkan kesedaran orang awam terhadap wilayah laut tanah air, mendorong usaha perlindungan dan penerokaan terhadap alam sekitar dan sumber laut, dan meningkatkan pertukaran antara China dengan pelbagai negara lain dalam bidang pelayaran, pengeluaran kapal dan pembangunan pelabuhan. Lima ruang pameran telah disediakan dalam ekspo itu keluasan keseluruhannya berjumlah 20 ribu meter persegi, antaranya termasuk, ruangan pameran sejarah pelayaran Laksamana Cheng Ho dan sejarah pelayaran China pada zaman silam, ruangan pameran pelayaran, ruang pameran lautan, ruangan pameran perkapalan dan ruang pameran pelabuhan.

Pegawai Persatuan Pelayaran Bandar Shanghai, Encik Wang Zhi De berkata, "Eskpo yang diadakan kali ini bertema 'Mencintai Tanah Air, Persahabatan Jiran Baik dan Pelayaran Saintifik.' Gambar-gambar sejarah, model armada yang dipamerkan telah mencerminkan Cheng Ho bukan sahaja merupakan seorang pelayar yang unggul, bahkan seorang diplomat dan utusan damai yang agung.

1 2
|