"Pusat Pengajian Melayu China" telah ditubuhkan secara rasmi di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing pada 1 September lalu. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sedang melawat China telah menghadiri upacara perasmian pusat tersebut. Upacara itu turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia di China, Dato' Said Norjaman, Ketua Pengarah Pusat Pengajian Melayu China, Profesor, Wu Zongyu dan pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara.
"Pusat Pengajian Melayu China" sebelum itu dikenali sebagai "Pusat Pengajaran Bahasa Melayu" yang ditubuhkan bersama oleh Kementerian Pendidikan China-Malaysia di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing pada tahun 1997. Pusat tersebut telah memberi sumbangan yang besar kepada usaha pengajian dan pengajaran bahasa Melayu di China.
Namun, usaha pusat itu yang hanya tertumpu kepada pengajaran bahasa sahaja sudah tidak bersesuaian dengan perkembangan hubungan China-ASEAN yang semakin erat pada masa ini. Maka, "Pusat Pengajian Melayu China" telah ditubuhkan oleh Univeristi Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing bagi tujuan memperluas skop kerjasama dengan Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Tugas utama "Pusat Pengajian Melayu China" adalah menjalankan kajian tentang politik, ekonomi dan kebudayaan negara yang penduduknya bertutur bahasa Melayu serta hubungan China dengan negara-negara tersebut, agar merancakkan kerjasama pelbagai bidang antara China dengan Dunia Melayu.
Dato' Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian.
Dalam upcara perasmian pusat itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengenang kembali semasa beliau menghadiri upcara perasmian "Pusat Pengajaran Bahasa Melayu" pada tahun 1997 ketika menyandang jawatan Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu. Beliau berkata, "saya kira penubuhan 'Pusat Pengajian Melayu' di Univerisiti ini yang kita lancarkan pada hari ini merupakan ruang yang amat baik bagi golongan intelek dan akademi di China untuk memulakan langkah mendalami dan menghalusi segala aspek keunikan budaya dan tamadun Melayu dengan kefahaman yang lebih mendalam tentang segala aspek tamadun dan Dunia Melayu.
Dato' Seri Najib Tun Razak berharap "Pusat Pengajian Melayu China" akan bekerjasama dengan "Pusat Pengajian China" yang telah ditubuhkan di Universiti Malaya agar mendorong hubungan persahabatan dan kerjasama yang lebih erat antara kerajaan dan rakyat China-Malaysia.
Ketua "Pusat Pengajian Melayu China", Profesor Wu Zongyu merupakan salah seorang pengajaran bahasa Melayu di China. Beliau giat berusaha mendorong pertukaran antara badan pendidikan kedua-dua negara dalam tempoh puluhan tahun semasa beliau terlibat dalam pengajaran bahasa Melayu di China.
Ketua "Pusat Pengajian Melayu China", Profesor Wu Zongyu
Profesor Wu Zongyu ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian itu telah memaklumkan usaha pengajaran bahasa Melayu di Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing dan pelbagai institut pengajian tinggi yang lain di China. Di samping itu, beliau juga merakamkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh kerajaan dan tokoh-tokoh kalangan rakyat Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura dan pelbagai negara lain. Profesor Wu Zongyu berkeyakinan penuh terhadap prospek "Pusat Pengajian Melayu China" pada masa akan datang. Beliau berkata, "titik berat usaha kami akan dialihkan kepada pengajian Melayu bukan hanya pengajaran bahasa sahaja. Kami akan mengorganisasi tenaga pengajian Melayu dalam pelbagai bidang di China untuk mengkaji Melayu dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, sejarah dan sebagainya. Kajian kami akan tertumpu kepada satu tujuan, iaitu bagaimana merapatkan lebih lanjut hubungan China-Malaysia dalam semua bidang.
1 2
|