|

Jurusan bahasa Melayu ditawarkan di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing pada tahun 1961. Ramai graduan jurusan bahasa Melayu bertugas dalam bidang diplomatik, ekonomi dan media massa, mereka telah memainkan peranan penting mendorong pertukaran dan kerjasama antara China dengan Malaysia. Penubuhan "Pusat Pengajian Melayu China" itu juga merupakan satu permulaan yang baru bagi usaha pengajaran bahasa Melayu di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing.
Mahasiswa tahun tiga jurusan bahasa Melayu, Han Xiao dalam upacara perasmian hari itu telah memaklumkan pengalaman sendiri dalam pembelajaran bahasa Melayu. Beliau berkata, "saya menganggap sajak, pantun dan syair Melayu sebagai inti dan teras tamadun Melayu. Saya sudah jatuh cinta kepada bahasa Melayu."

Mahasiswa jurusan bahasa Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing mempersembahkan lagu Melayu dalam upacara perasmian.
Kami yakin penubuhan "Pusat Pengajian Melayu China" akan meningkatkan lagi taraf pengajian dan pengajaran bahasa Melayu di China dan memainkan peranan yang lebih besar untuk mendorong pertukaran dan kerjasama antara China dengan Malaysia dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain.

Dato' Seri Najib Tun Razak berbual-bual dengan mahasiswa jurusan bahasa Melayu. 1 2
|