Cari:
Tatacara "Pemilihan Kedudukan Bandar Mempesona 2011"
2011-05-19 12:50:18 CRI Cetak

1. Unsur Budaya yang Pelbagai

Bandar kebudayaan sepatutnya mempunyai unsur budaya yang pelbagai. Dalam perkembangan sesebuah bandar, ia patut mewariskan budaya kaum setempat, menerima budaya dari tempat lain serta mengembangkan budaya moden.

2. Warisan Budaya yang "Hidup"

Bandar kebudayaan sepatutnya mempunyai unsur sejarah yang menarik, seperti binaan lama, sasterawan yang termasyhur, ataupun pertukangan yang diwarisi dari generasi ke generasi. Warisan budaya yang "hidup" ini boleh dirasai, disentuh atau difahami orang awam.

3. Aktiviti Kebudayaan yang Pelbagai

Di bandar kebudayaan, sepatutnya sering diadakan aktiviti kebudayaan yang beraneka jenis. Persembahan dan aktiviti kebudayaan boleh menjadikan sesebuah bandar lebih hidup dan dinamik. Bandar-bandar ini membina nilai budaya yang maju di samping mewarisi budaya tradisi.

4. Industri Kebudayaan yang Inovatif

Industri kebudayaan yang inovatif menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesebuah bandar kebudayaan. Ia juga penggabungan imaginasi kebudayaan dengan kreativiti sains. Industri kebudayaan dapat memaparkan kemampuan sesebuah bandar dalam mendinamikkan warisan budaya.

5. Pertukaran Kebudayaan yang Terbuka

Dalam pola budaya yang pelbagai di dunia ini, keunikan budaya sesebuah bandar dapat disaksikan dengan adanya pertembungan dan pertukaran dengan budaya lain. Sementara itu, bandar itu mampu memperoleh lebih banyak inspirasi daripada pertukaran kebudayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China