Cari:
Senarai 20 Bandar Calon "Kedudukan Bandar Mempesona 2011" Diumumkan
2011-06-10 15:53:59 CRI Cetak

Pada 1 Jun, senarai 20 buah bandar calon bagi aktiviti pemilihan "Bandar Mempesona 2011—Bandar Kebudayaan" anjuran Radio Antarabangsa China (CRI), telah diumumkan, ini sekali gus merasmikan pemilihan berkenaan.

Menurut tatacara pemilihan, panel juri telah mencalonlan 20 bandar kebudayaan untuk bertanding dalam pemilihan kali ini. Bandar-bandar itu ialah Beijing, Chengde, Dengdu, Dali, Dalian, Guangzhou, Guilin, Hangzhou, Jingdezhen, Lhasa, Nanjing, Pingyao, Qindao, Qufu, Quanzhou, Shaoxing, Turpan, Xi'an, Xiamen dan Yangzhou.

Dari 1 Jun hingga 30 Julai, anda boleh melayari laman sesawang CRI Online untuk mengenali bandar-bandar tersebut dan mengundi bandar-bandar yang paling anda suka.

Menurut jadualnya, pada 31 Julai, pihak penganjur, CRI, akan mengumumkan 10 buah bandar yang terpilih dan bandar-bandar itu akan mendapat gelaran "bandar kebudayaan China yang paling disukai pengguna internet global".

"Bandar Mempesona" merupakan aktiviti bersiri dan dianjurkan setiap tahun sejak 2010.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China