Cari:
Hasani Hassan
2011-09-14 17:24:36 CRI Cetak

Hasani Hassan adalah Pengarang Berita Online 1 di Utusan Online (www.utusan.com.my), iaitu portal berita Bahasa Melayu paling popular di Malaysia.

Beliau memulakan tugas di syarikat Utusan Melayu (M) Berhad pada Oktober 1996 sebagai wartawan dan kolumnis dalam ruangan teknologi maklumat sebelum dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Sistem pada tahun 1998, Penolong Ketua Unit Pendidikan pada tahun 2003, Pengarang Online pada 2008 dan akhir sekali jawatan sekarang pada tahun 2010.

Tugas beliau sebagai wartawan telah membawa beliau ke serata tempat di seluruh dunia dari Jepun, India hingga ke Perancis, serta dari Australia hinggalah ke China.

Beliau juga mempunyai pengalaman yang merangkumi skop menemubual Perdana Menteri India hinggalah tinggal bersama keluarga angkat di Jepun, dan juga daripada membangunkan Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) hinggalah mengendalikan bengkel dan road show ke lebih 300 sekolah dan acara di seluruh tanah air.

Walaupun tugas beliau banyak tertumpu kepada penulisan dan pengurusan berkaitan teknologi maklumat namun melancong dan melawat tempat-tempat menarik adalah salah satu hobinya yang sangat diminati.

Aspek-aspek ekonomi, sosio-budaya setempat, tinggalan warisan sejarah serta kecantikan alam semula jadi adalah faktor-faktor utama yang menjadi perhatian beliau apabila merantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China