Aktiviti pemilihan secara dalam talian "Bandar Mempesona 2011—Bandar Kebudayaan China yang Dipilih Pengguna Internet Sejagat" anjuran China Radio International (CRI), bertujuan untuk memperkenalkan bandar-bandar kebudayaan serta sumber pelancongan yang mempesonakan di China kepada para pengguna internet di seluruh dunia. Aktiviti pemilihan ini juga mendapat kerjasama daripada berpuluh-puluh media asing, antaranya Utusan Malaysia.
Sebagai penutup bagi aktiviti pemilihan tahun ini, "Lawatan Media Asing Ke Empat Bandar" dilaksanakan dari 16 hingga 26 September 2011. Pemberita-pemberita dari media asing itu akan melawat Beijing, Chengdu, Nanjing dan Jiangsu.