Cari:
Xi'an
2011-09-16 18:07:31 CRI Cetak

Orang asing yang belajar opera tempatan.

Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi dikenali sebagai bandar bersejarah yang paling lama dijadikan ibu kota dan paling berpengaruh dalam sejarah negeri China. Xi'an, dikenali sebagai Chang'an pada zaman purbakala. Ia juga diisytiharkan salah sebuah daripada empat buah bandar kebudayaan purba di dunia. Tiga bandar yang lain ialah Rom, Kaherah dan Athens.

Xi'an mula dibina pada abad ke-12 sebelum Masihi. Sebanyak 21 dinasti atau pemerintahan menjadikan Xi'an sebagai ibu kota masing-masing. Bandar ini digelar "muzium sejarah" kerana ia kaya dengan khazanah kebudayaan. Antara yang paling terkenal ialah Patung Tanah Liat Perwira dan Kuda (Terra Cotta) yang dikenali sebagai keajaiban ke-8 di dunia.

Terra Cotta

Tembok kota lama Xi'an merupakan tapak tembok kota lama yang dijaga paling baik di dunia.

Xi'an ialah tempat bermulanya Laluan Sutera Darat. Maka ia telah memainkan peranan yang amat penting dalam kerjasama dan perhubungan perdagangan dan kebudayaan antara Timur dengan Barat pada zaman silam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China