Cari:
Guilin
2011-09-16 18:07:31 CRI Cetak

Bukit Belalai Gajah di Guilin

Guilin terletak di timur laut Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di barat daya China. Ada pepatah yang menyebut "Gunung dan Sungai di Guilin tak ada tandingannya".

Guilin bukan sahaja mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah, tetapi juga kaya dengan unsur budaya pelbagai etnik, seperti etnik Zhuang, Miao, Yao dan lain-lain.

Tarian beramai-ramai oleh orang pelbagai etnik minoriti.

Guilin mempunyai sejarah lebih 2,000 tahun. Pada zaman dahulu, ramai sasterawan dan pujangga telah menggubah karya dan puisi untuk menggambarkan keindahan Guilin. Ada puisi diukir pada gunung atau tembok dan ini telah menjadi warisan budaya yang amat bernilai.

Lebih seribu tahun yang lalu, Guilin sudah pun menjadi tempat peranginan. Pada masa sekarang pula, Guilin antara destinasi pelancongan yang paling ingin dilawati oleh pelancong China serta asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China