Cari:
Qingdao
2011-09-16 18:07:31 CRI Cetak

Qingdao yang terletak di pesisir pantai Provinsi Shandong, ialah bandar pelancongan yang indah di bahagian utara China. Qingdao memiliki morfologi garis pantai yang pelbagai. Ada pantai yang ditaburi pasir halus, ada tanah yang menganjur panjang ke laut yang ditimbuni batu-batu besar, serta banyak pulau. Ini pasti menjanjikan pemandangan yang berbeza-beza kepada para pengunjung.

Qingdao banyak terpengaruh oleh budaya asing. Ini dapat dilihat daripada kompleks bangunannya yang dihiasi dengan corak seni bina Eropah. Bangunan-bangunan moden di bandar ini juga menerapkan unsur-unsur Eropah atau negara yang lain di Asia.

Qingdao ialah tempat peranginan yang terkenal di China. Pada musim panas, ramai pelancong mengunjungi bandar ini untuk melarikan diri daripada cuaca panas. Di sini, anda boleh berlibur di pantai sambil menikmati air laut yang biru, atau bermain kapal layar untuk melupakan seketika kesibukan kota.

Di Qingdao, ada satu perayaan yang tidak boleh dilepaskan, iaitu Pesta Bir Antarabangsa yang mula diadakan pada hujung minggu kedua setiap Ogos. Sepanjang perayaan selama 16 hari itu, anda hanya perlu memegang sebuah gelas bir sambil menikmati cuti yang panjang dengan sepenuhnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China