Cari:
Lhasa
2011-09-16 18:07:31 CRI Cetak

Bandar Lhasa terletak di sebelah utara Banjaran Himalaya, dan bahagian tengah Dataran Tinggi Tibet. Dengan altitud pada 3,650 meter, Lhasa menjadi bandar yang paling tinggi di dunia. Lhasa ialah pusat politik, ekonomi, kebudayaan, pengangkutan dan pelancongan bagi Wilayah Autonomi Tibet.

Istana Potala yang kelihatan megah.

Lhasa dianggap sebagai bandar suci bagi penganut Buddha Tibet, dan pusat kebudayaan etnik Tibet. Kebudayaan Lhasa berkembang turun-temurun dalam suasana yang harmoni ke arah kepelbagaian. Ia bukan sahaja merupakan hasil kebijaksanaan rakyat tempatan dari satu generasi ke satu generasi, malah hasil gabungan kebudayaan etnik Tibet dengan kebudayaan etnik Han, Mongol dan Hui China serta kebudayaan dari beberapa negara lain, seperti India dan Nepal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China