Guangzhou merupakan bandar raya bersejarah. Pada zaman purba, Guangzhou menjadi tempat bermulanya "laluan sutera di laut" yang menghubungkan pesisir pantai laut selatan China dengan negara-negara Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika Utara menerusi Selat Melaka dan Lautan Hindi. Laluan itu telah memberikan sumbangan yang besar untuk menggalakkan perdagangan dan pertukaran tamadun antara Timur dengan Barat.
Sejak penghujung abad ke-18, Guangzhou mula menunjukkan sifatnya yang saling bercanggah. Pada satu aspek, ia menjadi salah sebuah bandar di China yang paling mesra perniagaan. Bagaimanapun, serentak itu, ia juga menjadi tempat bermulanya heterodoks dan revolusi sosial. Bandar ini sering menjadi pelopor ideologi.
Orang Guangzhou disifatkan sebagai penggemar makanan yang sangat mengutamakan penjagaan kesihatan dan kekayaan. Mereka seolah-olah hanya mementingkan kehidupan sendiri. Bagaimanapun, dalam kalangan mereka, muncul surat khabar dan terbitan berkala yang paling radikal dan memiliki kesedaran awam.
Material dan mentaliti, individu dan negara, dua perkara yang agak bertentangan boleh bergabung dengan begitu sempurna di satu bandar. Inilah Guangzhou!