Bandar Chengdu ialah ibu kota provinsi Sichuan di bahagian barat daya China.
Bandar yang sudah berusia hampir 3,000 tahun ini kaya dengan adat tradisi, budaya dan sejarah.. Dalam tempoh berabad-abad lamanya, seniman, pujangga dan sami dari pelbagai tempat mengunjungi Chengdu dan meninggalkan karya mereka serta adat istiadat dan budaya makanan yang berlainan, sehingga menjadikan bandar ini memiliki budaya yang cukup istimewa.
Di Chengdu, anda dapat menyaksikan Dujiangyan, satu-satunya tali air purba yang masih wujud dan terus digunakan sejak lebih 2200 tahun yang lalu; mendaki Gunung Qingcheng, yang bukan sahaja dianugerahkan pemandangan alam semula jadi yang indah permai, tetapi juga kaya dengan warisan sejarah dan budaya; menyaksikan panda di Zoo Chengdu serta di beberapa buah kawasan perlindungan panda di sekitar bandar ini.
Selain itu, anda juga boleh menyaksikan Opera Sichuan yang pelakonnya dapat menukar topengnya dalam sekelip mata, atau minum di restoran teh sambil menikmati snek yang enak untuk merasai kehidupan sebenar orang Chengdu.
Chengdu, bandar yang benar-benar patut dikunjungi.