Cari:
Beijing
2011-09-16 18:07:31 CRI Cetak

Beijing, mula dibina pada zaman dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja Yong Le (tahun 1403-1425). Beijing merupakan bandar raya bersejarah dan penuh dengan unsur kebudayaan tradisional. Statusnya sebagai ibu negara China, bukan sahaja menjadikan bandar raya ini kaya dengan warisan sejarah yang tinggi nilainya, malah menghasilkan budaya yang cukup istimewa yang digelar "budaya Beijing". Konotasi "budaya Beijing" ini sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, tetapi mudah dirasai melalui gaya hidup penduduk Beijing.

Glamor Beijing dapat dilihat daripada perubahannya yang berlaku setiap hari. Ensiklopedia Britannica menyifatkannya sebagai "salah satu daripada bandar-bandar besar dunia", dan menyatakan bahawa bandar ini telah menjadi bahagian integral dari sejarah China selama berabad-abad lamanya. Tidak ada binaan besar dari semua zaman di Beijing yang tidak mempunyai makna sejarah.

Hasil seni yang menakjubkan dan universiti-universiti yang berprestij, menjadikan Beijing sebagai pusat budaya dan seni di China. Bandar ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2008.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China