Cari:
Menghargai kedamaian
2011-09-24 15:18:28 CRI Cetak

Dewan Memorial Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing

Memorial itu mengisahkan tentang pembunuhan beramai-ramai tentera dan orang awam Nanjing oleh tentera Jepun. Dalam kejadian itu 300,000 orang terkorban dalam masa hanya enam minggu dari 13 Disember 1937 hingga Januari 1938.

Dari segi persembahannya, ia setanding dengan muzium mangsa bom atom di Nagasaki, Jepun yang pernah saya kunjungi, tetapi jika dibandingkan dengan muzium-muzium di Malaysia, memang jauh bezanya.

Sewajarnya pegawai-pegawai muzium dan pelancongan Malaysia datang ke Nanjing untuk menilai dan mempelajari tentang bagaimana untuk mewujudkan muzium atau memorial yang sehebat ini.

Dalam hati kecil, saya berkata, kalaulah saya kaya, ingin sekali saya wujudkan sebuah muzium untuk menceritakan tentang zaman perang dahulu.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China