Cari:
Menghargai kedamaian
2011-09-24 15:18:28 CRI Cetak

Dewan Memorial Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing

Pada era perang dunia kedua, negara-negara Asia termasuk China dan Malaysia telah diserang oleh tentera Jepun. Mereka yang hidup di zaman itu amat mengerti sekali tentang penderitaan yang dialami akibat peperangan.

Datuk saya pernah bercerita tentang bagaimana orang-orang kampung melarikan diri dari ditangkap oleh tentera Jepun sehingga terpaksa bersembunyi di dalam lubang-lubang tanah dan di dalam sungai. Makanan yang ada pula hanyalah ubi kayu dan kelapa sahaja.

Semasa saya melawat ke Dewan Memorial Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing yang mempamerkan tentang peristiwa kejam yang dilakukan oleh tentera Jepun ke atas orang-orang Nanjing, saya teringat semula kisah-kisah yang pernah datuk ceritakan itu.

Di mana-mana pun, peperangan akan menyebabkan penderitaan dan satu-satunya pengajaran yang diperolehi ialah peperangan mesti dielakkan dan sebarang masalah haruslah diselesaikan dengan cara damai.

Tetapi saya risau, adakah anak-anak saya akan faham situasi itu, dan mungkin juga ramai anak generasi sekarang tidak pernah tahu tentang penderitaan akibat peperangan. Mereka perlu didedahkan dan digalakkan untuk mengunjungi muzium atau memorial seperti ini.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China