Menurut Harian Renmin Ribao, berdasarkan maklumat pegawai Kementerian Kesihatan China, disebabkan wabak selesama burung yang dikesan terutamanya di desa, kerajaan China telah meningkatkan jumlah pusat penyeliaan desa bagi tujuan meningkatkan penyeliaan, pencegahan dan kawalan terhadap wabak tersebut.
Pegawai itu menyatakan, berdasarkan 130 kes manusia dijangkiti selesema burung yang dikesan di seluruh dunia pada masa ini, masih belum terdapat sebarang bukti tentang wabak selesema burung dapat menular antara manusia dengan manusia.
|