v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mengenai CRI

2005-11-21 10:41:31 CRI

Radio Antarabangsa China (CRI) yang ditubuhkan pada 3 Disember 1941 merupakan satu-satunya stesen radio China yang menyiarkan rancangan ke seluruh dunia. Hasrat CRI adalah untuk memperkenalkan China kepada dunia, memperkenalkan dunia kepada China, serta meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara di dunia.

Kini, CRI menyiarkan rancangan dalam 43 jenis bahasa ke seluruh dunia. Sehingga penghujung tahun 2006, jam penyiaran CRI pada setiap hari telah melebihi 1,100 jam.

CRI mempunyai 30 biro pemberita di seluruh dunia. Di pelbagai tempat di China termasuk Hong Kong dan Makau, juga terdapat biro pemberita CRI.

CRI mempunyai ramai pendengar setia. Pada tahun 2005, CRI telah menerima 2.17 juta pucuk surat pendengar dari 161 buah negara dan kawasan. Di samping itu, terdapat lebih 3,600 buah kelab pendengar CRI di pelbagai tempat di dunia.

Pada 28 Januari 2006, stesen radio FM CRI yang pertama di luar negara mula beroperasi di Nairobi, ibu negara Kenya. Radio FM tersebut menyiarkan rancangan selama 19 jam setiap hari dalam tiga jenis bahasa, iaitu Inggeris, Kiswahili dan Mandarin.
Manakala, pada 19 November 2006, stesen radio FM CRI di Vientiane Laos mula beroperasi. Presiden China, Hu Jintao dan Presiden Laos, Choummaly Sayasone telah menghadiri majlis perasmian. Ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian itu, Presiden Hu Jintao berkata: "Pengoperasian stesen radio FM CRI di Vientiane telah membina satu jambatan yang baru bagi meningkatkan lagi komunikasi dan persahabatan rakyat antara kedua-dua negara."

CRI telah menubuhkan laman web CRI on-line pada tahun 1998. CRI on-line menyediakan maklumat dan foto dalam 43 jenis bahasa, dan menyiarkan rancangan dalam talian dengan 48 jenis bahasa. Jam penyiaran dalam talian pada setiap hari mencatat 263.5 jam. Setakat penghujung 2007, jumlah tetingkap CRI on-line yang dilayari pengguna Internet mencatat 13 juta setiap hari.

Selain itu, CRI juga menyediakan siaran radio FM dalam negeri, termasuk CRI News Radio, Easy FM, Hit FM, Radio Olimpik CRI serta Radio Pengajaran Bahasa Asing, dengan disiarkan di puluhan buah bandar di China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou, Dalian, Xiamen dan lain-lain. Siaran tersebut telah menawarkan berita dan rencana yang terkini, maklumat antarabangsa dan muzik pop, dan amat digemari oleh para pendengar.

CRI mula menawarkan program televisyen mengenai berita antarabangsa ke seluruh negara China pada bulan Oktober 1999. Kini, Pusat Televisyen CRI menyediakan program TV selama lebih 5 jam sehari kepada lebih 300 buah stesen dan saluran TV di seluruh negara. Manakala, saluran TV digital berbayar yang dianjurkan oleh CRI memfokuskan keajaiban global, dan menyediakan pelbagai maklumat dari sudut pandangan yang unik. Di samping itu, CRI juga akan mengembangkan usahanya dalam media baru, termasuk televisyen IP, televisyen jaringan, dan telefon bimbit audio-video.

Akhbar Berita Dunia yang dianjurkan oleh CRI dengan menyiarkan berita-berita antarabangsa dalam bahasa Mandarin, diedarkan ke seluruh negara. Selain itu, CRI juga menganjurkan lebih 30 jenis akhbar dan majalah dalam pelbagai bahasa, termasuk Majalah Radio, Filem dan Televisyen Antarabangsa dalam bahasa Mandarin, Akhbar Utusan dalam bahasa Inggeris, Akhbar Maklumat dan Balasan dalam bahasa Jerman, Akhbar Taman Persahabatan dalam bahasa Spanyol dan Akhbar Suara Persahabatan dalam bahasa Urdu. Pembaca-pembaca majalah dan akhbar tersebut berada di pelbagai tempat di dunia.

Selain itu, CRI juga memiliki Syarikat Penerbitan CRI dan Syarikat Penerbitan Audio-Video Penyiaran CRI.

CRI mempunyai pandangan yang lebih luas, dengan fungsi yang lebih sempurna. Ketika menyebut masa depan CRI, Presiden CRI, Wang Gengnian menyatakan bahawa CRI akan berusaha mencari lebih banyak peluang perkembangan dan berkhidmat untuk para pendengar dengan sebaik mungkin.

"Sasaran perkembangan CRI pada masa depan adalah untuk menjadikan CRI sebagai badan media yang moden yang mengandungi siaran radio, siaran dalam talian serta multimedia yang lain. Kami akan menyediakan maklumat China kepada para pendengar di luar negara melalui siaran radio, internet dan TV. Selaras dengan jendela China, kami akan membantu para pendengar asing mengetahui China dengan lebih menyeluruh di samping membolehkan penduduk China mengetahui hal ehwal dunia luar dengan lebih meluas," katanya.

CRI yang mempunyai siaran radio, siaran dalam talian serta multimedia yang lain, sedang menuju ke era masa depan yang lebih cemerlang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |