v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
2007-12-10 18:44:17 CRI

Pertandingan Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008 bukan hanya diadakan di Beijing sahaja. Bandar Tianjin, Qinhuangdao, Shanghai dan Shenyang akan menjadi tempat penganjuran pertandingan bola sepak Sukan Olimpik Beijing. Di samping itu Qingdao akan menyelenggara pertandingan kapal layar dan papan luncur angin, manakala pertandingan ekuestrian akan diadakan di Hong Kong. Walaupun keenam-enam bandar tersebut bukan merupakan bandar penganjur Sukan Olimpik, namun bandar-bandar tersebut akan dicatat dalam sejarah Sukan Olimpik.

Pusat Kapal Layar Sukan Olimpik di Qingdao

Pertandingan kapal layar dan papan luncur angin ialah acara pertandingan Sukan Olimpik yang diadakan di laut. Maka sekiranya Sukan Olimpik diadakan di bandar dalaman, kedua-dua acara pertandingan itu tentu akan diadakan di sebuah bandar pesisir laut. Bandar pesisir laut di bahagian timur China, iaitu Qingdao akan memikul tugas penyelenggaraan pertandingan tersebut semasa Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Qingdao terletak di pantai barat Lautan Pasifik dan berseberangan dengan Semenanjung Korea dan Jepun. Bandar Qingdao merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan pertandingan kapal layar dengan tenaga angin dan arus air yang stabil. Selepas Qingdao ditetapkan sebagai bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing, Qingdao menghadapi banyak peluang pembangunan. Datuk Bandar Qingdao, Encik Xia Geng menyatakan:

"Dengan dorongan 'Kesan Sukan Olimpik', ekonomi bandar kami berkembang pesat pada tahun-tahun kebelangan ini. Kehidupan penduduk bandar ini berubah akibat Sukan Olimpik. Salah satu perubahan adalah peningkatan pendapatan penduduk. Dalam tempoh empat tahun ini pendapatan penduduk bandar dan desa di Qingdao masing-masing meningkat 15.1% dan 11.8%. Tempoh ini menjadi salah satu tempoh paling pesat peningkatan pendapatan penduduk bandar ini."

Selain itu perubahan yang paling ketara di Qingdao ialah wajah bandar. Menurut statistik, dalam tempoh empat tahun yang lalu, sebanyak 20 bilion yuan RMB sudah diperuntukkan dalam pembinaan bandar untuk menyiapkan pertandingan kapal layar dan papan luncur angin Sukan Olimpik. Peningkatan peruntukan kewangan Qingdao dalam bidang perubatan, kebudayan dan lalu lintas mencatat 40%. Cawangan Hospital Bandar yang akan memberikan perkhidmatan perubatan dalam pertandingan Sukan Olimpik sudah selesai dibina. Teater Besar Qingdao dan Pusat Kesenian Moden Qingdao sedang dibangun. Untuk menjamin kelancaran lalu lintas Sukan Olimpik, Qingdao mempercepat pembinaan kemudahan lalu lintas awam, iaitu memulakan pembinaan terowong bawah laut dan jambatan teluk. Projek fasa kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Qingdao dijangka akan selesai dibina pada penghujung tahun ini. Infrastruktur yang dibina untuk Sukan Olimpik tersebut menjadikan bandar Qingdao lebih moden dan bersuasana kesenian yang lebih tebal di samping mengekalkan pemandangan alam semula jadi yang indah.

"Bertemu Sukan Olimpik Beijing, Berlayar di Qingdao". Ini merupakan jemputan Qingdao kepada para pelancong seluruh dunia. Qingdao menantikan kedatangan anda pada musim panas tahun 2008.

Pertandingan Ekuestrian adalah satu-satunya acara pertandingan yang dimainkan oleh atlet dengan haiwan dalam 28 jenis acara pertandingan Sukan Olimpik. Makan pertandingan ini amat menarik. Dalam sidang pleno Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang diadakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Persatuan Ekuestrian Antarabangsa di Singapura pada tahun 2005, Hong Kong ditetapkan sebagai tempat penyelenggaraan Pertandingan Ekuestrian Sukan Olimpik 2008.

Gelanggang Pertandingan Ekuestrian di Hong Kong

Perlumbaan Kuda sentiasa diminati oleh penduduk Hong Kong. Perlumbaan kuda membuat mereka berasa santai dan mendekati alam. Kelab Joki Hong Kong akan mengadakan perlumbaan kuda pada setiap hujung minggu. Dan perlumbaan kuda selalu menarik ramai penonton.

Hong Kong telah kembali ke pangkuan tanah air selama 10 tahun. Pada pendapat Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Hong Kong, Encik Timothy Fok Tsun-Ting, penyelenggaraan pertandingan ekuestrian Sukan Olimpik 2008 di Hong Kong bukan hanya bererti penting dalam bidang sukan. Beliau berkata:

"Melalui penyelenggaraan pertandingan ekuestrian Sukan Olimpik 2008 di Hong Kong, perasaan rakyat Hong Kong terhadap tanah air dapat ditingkatkan. Setahu kita, melalui menganjurkan Sukan Olimpik dengan jayanya, Greece bukan sahaja meningkatkan taraf sukan dan kekuatan negara, malahan pula memarak perasaan kecintaan pemuda-pemuda terhadap negara. Sekiranya Hong Kong dapat berjaya menganjurkan pertandingan ekuestrian kali ini, tentu akan bermanfaat kepada perkembangan sukan di Hong Kong. Di samping itu melalui berkerjasama dengan Beijing dalam penganjuran Sukan Olimpik perasaan rakyat Hong Kong terhadap tanah air dapat ditingkatkan."

Kemudahan latihan dan gelanggang pertandingan ekuestrian Sukan Olimpik Beijing 2008 sudah selesai dibina di Hong Kong pada 7 Julai tahun ini. Kemudahan dan gelanggang tersebut telah diiktiraf oleh para atlet seluruh dunia dalam pertandingan ujian Pertandingan Ekuestrian Sukan Olimpik Beijing yang diadakan pada bulan Ogos tahun ini.

Gelanggang Pusat Sukan Olimpik di Shenyang

Gelanggang Pusat Sukan Olimpik di Tianjin

Pusat Sukan Olimpik Bandar Qinhuangdao

Bola sepak merupakan jangka masa pertandingan paling panjang dalam Sukan Olimpik. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi kelaziman pertandingan bola sepak Sukan Olimpik diadakan serentak di beberapa bandar. Pertandingan bola sepak dalam Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 juga akan diadakan di beberapa bandar lain termasuk Shanghai, Shenyang, Qinhuangdao dan Tianjin. Setiap bandar tersebut akan menyelenggarakan lebih kurang 10 buah pertandingan bola sepak.

Gelanggang Sukan Shanghai

Shanghai merupakan salah satu bandar yang paling makmur dan dinamik di China. Keajaiban pembangunan ekonomi China dapat diperlihatkan dalam bandar Shanghai. Seiring dengan peranan Shanghai yang semakin penting dalam ekonomi dunia, bandar tersebut turut semakin menarik perhatian seluruh dunia. Shanghai juga memainkan peranan penting dalam bidang sukan antarabangsa. Pertandingan antarabangsa penting, seperti pertandingan akhir tahunan Piala Masters Tenis, Kejohanan Dunia F1 Grand Prix China, Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Wanita 2007 FIFA serta Sukan Olimpik Khas Musim Panas Shanghai 2007 berturut-turut diadakan di Shanghai. Datuk Bandar Shanghai, Encik Han Zheng menyatakan:

"Saya berpendapat bahawa sebagai metropolitan antarabangsa yang terbuka, Shanghai harus menunjukkan imej China yang menjalankan dasar pembaharuan dan buka pintu dan mempamerkan imej Shanghai yang baru melalui penganjuran pertandingan antarabangsa."

Sama dengan Shanghai, bandar Tianjin, Shenyang dan Qinhuangdao juga berusaha untuk mengadakan persiapan pertandingan bola sepak Sukan Olimpik Beijing. Kesemua bandar tersebut juga mengalu-alukan rakyat seluruh dunia untuk menonton pertandingan bermutu tinggi dan mendekati kebudayaan bandar masing-masing yang menarik semasa Sukan Olimpik Beijing tahun 2008."

Soalan:

1: Apakah enam bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing?  (   )

(A) Shenyang, Chongqing, Guiyang, Qingdao, Xuzhou dan Hong Kong

(B) Tianjin, Qinhuangdao, Shanghai, Shenyang, Qingdao dan Hong Kong

2: Apakah acara pertandingan Sukan Olimpik Beijing yang akan diadakan di Hong Kong? (   )

(A) Ekuestrian

(B) Gusti

Sila klik sini untuk mengikuti Kuiz Pengetahuan "Bertemu 2008": https://malay.cri.cn/other/contest2008/

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |