Menurut Agensi Berita Xinhua China, Program Perancangan Alam Sekitar PBB (UNEP) dan Pertubuhan Konvensyen Spesis Penghijrahan (CMS) semalam di Nairobi mengumumkan akan membentuk bersama-sama sistem amaran awal selesema burung sejagat agar membantu kerajaan pelbagai negara mencegah penularan wabak selesema burung ekoran penghijrahan burung.
Pembentukan sistem amaran awal tersebut meliputi rajah lokasi tasik dan paya di pelbagai negara, menjelaskan garis dan musim yang terperinci tentang penghijrahan burung, memberi amaran dan cadangan pencegahan dan kawalan wabak kepada penduduk di kawasan yang menghadapi ancaman dan lain-lain.
|