Menurut berita CRI, pegawai Kementerian Pertanian China dan Kementerian Kesihatan China semalam memberi taklimat kepada pegawai Kedutaan Besar, konsulat pelbagai negara di China dan wakil pejabat pertubuhan antarabangsa di China tentang usaha pencegahan dan kawalan selesema burung yang dijalankan di Tanah Besar China. Menurut maklumat pegawai China berkenaan, wabak selesema burung telah dikesan di 9 provinsi di Tanah Besar China sejak tahun ini dan wabak itu berjaya dikawal pada masa ini.
Pada hari yang sama, Naib Menteri Pertanian China Yin Chengjie juga memaklumkan bahawa sejak wabak itu dikesan di China, sebanyak 140 ribu ekor itik dan ayam telah mati, lebih 20 juta ekor itik dan ayam telah dimusnahkan dan kes manusia dijangkiti selesema burung juga telah dikesan di Tanah Besar China. Beliau berpendapat, disebabkan virus selesema burung semakin berbahaya, China harus meningkatkan pencegahan dan kawalan terhadap wabak tersebut.
|