Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Pertanian China malam semalam telah mengadakan sidang untuk mengarahkan pelbagai tempat meningkatkan kawalan selanjutnya terhadap selesema burung, mengambil tindakan pencegahan agar dapat melindungi manusia daripada dijangkiti wabak tersebut.
Sidang tersebut juga menetapkan sasaran kerja utama dalam usaha mencegah selesema burung baru-baru ini yakni mempersiapkan cadangan kecemasan terhadap penularan wabak selesema burung atau haiwan yang lain, meningkatkan kawalan dan penyeliaan terhadap penularan wabak yang mungkin berlaku pada bila-bila masa dan memaklumkan amaran awal yang berkaitan.
|