Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Pendidikan dari 18 buah negara yang menghadiri Forum Peringkat Menteri Pendidikan China-Afrika 2005 semalam di Beijing telah menandatangani Perisytiharan Beijing dan mencapai persepakatan tentang meningkatkan kerjasama dan pertukaran pendidikan antara satu sama lain.
Kandungan perisytiharan tersebut termasuklah negara membangun harus mengutamakan pendidikan asas dan meningkatkan mutu pendidikan, di samping mencungkil pengalaman unggul negara lain, aktif menubuhkan sistem pendidikan yang selaras dengan keadaa negara sendiri.
Dalam perisytiharan tersebut dinyatakan bahawa China dan Afrika akan terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama pendidikan. Negara-negara yang menyertai forum tersebut harus aktif mengambil tindakan melaksanakan cadangan tersebut selepas forum tersebut.
|