v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusaha Tingkatkan Penggunaan Sumber Yang Boleh Dibaharui

2005-11-29 15:12:36 CRI

Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan dalam satu sidang tentang pembangunan dan penggunaan sumber yang boleh dibaharui pada awal bulan ini menyatakan bahawa pada masa akan datang, China akan mengambil pelbagai langkah, meningkatkan usaha meneroka dan menggunakan sumber yang boleh dibaharui. Pada tahun 2020, nisbah penggunaan sumber yang boleh dibaharui dalam struktur sumber China akan meningkat kepada 15% daripada 7%. Beliau juga menggalakkan pelabur asing mengambil bahagian dalam pembangunan sumber yang boleh dibaharui di China.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ekonomi China bertumbuh secara berterusan dan stabil dan permintaan sumber tenaga juga semakin meningkat. Di China, sumber yang tidak boleh dibaharui seperti arang batu dan minyak telah menjadi sumber utama. Struktur penggunaan sumber itu bukan sahaja menjadikan bekalan arang batu dan minyak semakin berkurangan, bahkan juga mencemarkan alam sekitar. Oleh sebab itu, meningkatkan pembangunan dan penggunaan terhadap sumber yang boleh dibaharui seperti tenaga air, tenaga angin dan tenaga solar telah menjadi satu faktor penting bagi menentukan sama ada ekonomi China dapat berkembang secara berterusan atau tidak.

Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan menyatakan bahawa kerajaan China telah menyedari peranan sumber yang boleh dibaharui dalam mendorong ekonomi negara ini berkembang secara berterusan. Kerajaan China juga telah merancang untuk membina sistem bekalan tenaga negara yang selamat, ekonomi dan bersih dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Kerajaan China memberi perhatian yang tinggi terhadap pembangunan dan penggunaan sumber yang boleh dibaharui, mencepatkan pembangunan sumber tersebut seperti tenaga angin dan tenaga solar telah disenaraikan sebagai tugas utama kerajaan China dalam jangka masa lima tahun akan datang. Untuk menjayakan matlamat itu, kerajaan China akan mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan sumber yang boleh dibaharui dan meningkatkan nisbah sumber yang boleh dibaharui dalam struktur sumber tenaga kepada kira-kira 15% menjelang tahun 2020.

Dimaklumkan, China telah mencapai kejayaan dalam membangunkan sumber yang boleh dibaharui. Pada masa ini, kerajaan China pada setiap tahun memperuntukkan sejumlah besar dana untuk mempopularkan penggunaan gas metana di kawasan-kawasan desa di China, membangunkan sumber yang boleh dibaharui seperti tenaga angin dan tenaga solar di kawasan pergunungan yang terpencil di China seperti Xinjiang, Tibet dan Mongolia Dalam dan membina pangkalan penjana kuasa tenaga angin di kawasan sepanjang pantai seperti Provinsi Jiangsu dan Guangdong.

Mongolia Dalam di utara China kaya dengan sumber yang boleh dibaharui. Tenaga angin yang boleh digunakan di sana menduduki tempat pertama di China. Kapasiti tenaga solar juga menduduki tempat kedua di China. Sejak tahun 1980-an, kerajaan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam telah membina banyak projek tenaga solar dan tenaga angin di kawasan padang ragut. Pelaksanaan projek tersebut telah menyempurnakan syarat hidup kaum penggembala di kawasan tersebut. Encik Zhaolun Bater yang tinggal di Kawasan Dongwuzhumuqin, Mongolia Dalam telah membeli sebuah kemudahan penjana kuasa tenaga solar pada bulan April tahun lalu. Beliau semasa diwawancara berkata,

Sistem penjana kuasa tenaga solar sangat stabil, lebih baik daripada mesin penjana kuasa tenaga angin. Bekalan elektrik yang menerima kemudahan penjana kuasa tenaga solar tidak pernah putus. Ramai penggembala juga ingin membeli mesin itu kerana bekalan elektrik lebih terjamin dan mudah diguna.

Pada beberapa tahun lalu, seiring dengan kenaikan harga minyak mentah secara berterusan, bekalan tenaga semakin berkurang. Banyak negara telah menumpukan perhatian yang tinggi terhadap pembangunan dan penggunaan sumber yang boleh dibaharui. Zeng Peiyan menyatakan bahawa pelbagai negara patut mengutamakan pembangunan sumber yang boleh dibaharui. China menggalakkan pelabur asing mengambil bahagian dalam pembangunan sumber yang boleh dibaharui di China.

Kerajaan China menggalakkan perusahaan asing melabur dalam bidang pembangunan tenaga angin, tenaga solar dan haba tanah berdasarkan prinsip saling menguntungkan. Kami bersedia meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknologi dalam bidang tersebut dengan negara-negara lain.

----Puspa

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian