v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Acara Golf Semakin Diminati Ramai di China

2005-12-01 10:58:06 CRI

Pertandingan Golf HSBC telah diadakan di bandar Shanghai China pada 10 September. Pemain golf terkenal di dunia seperti Tiger Woods, Vijay Singh, Colin Montgomerie turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan pertandingan golf peringkat tertinggi yang dianjurkan oleh China. Sekarang acara golf semakin popular di China, melalui penganjuran pertandingan tersebut, peminat golf China dapat menikmati persembahan pemain golf terkenal di dunia.

Pertandingan Golf HSBC merupakan pertandingan golf peringkat paling tertinggi yang dianjurkan oleh China. Peringkat dan hadiah kewangan dalam pertandingan tersebut telah mencapai peringkat paling tinggi di dunia. Semasa memperkatakan pertandingan tersebut, Naib Setiausaha Persatuan Golf China Encik Li Yong berpendapat bahawa pertandingan tersebut akan mendorong perkembangan acara golf di China. Beliau berkata, "Saya berpendapat bahawa penganjuran pertandingan tersebut amat berfaedah bagi mempopularkan acara sukan golf. Kali ini, kami mempelawa pemain terkenal di dunia. Penyertaan mereka tentu akan mendorong perkembangan acara sukan tersebut. Pertandingan tersebut juga turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa terhadap perkembangan acara sukan golf."

Sukan golf berasal dari Eropah dan dipopularkan ke kawasan lain pada abad ke-18. Acara sukan golf diperkenlakan di China pada sekitar tahun 1980-an. Pada masa itu, Bandar-bandar Beijing, Shanghai dan Shenzhen China turut menubuhkan Persatuan Golf dan padang golf. Pada tahun 1985, Persatuan Golf China ditubuhkan secara rasmi di Beijing, ini menjadikan acara golf berkembang dengan baik. Pemain sukan golf China buat pertama kalinya menyertai pertandingan tersebut semasa Sukan Asia Seoul pada tahun 1986. Seiring dengan penganjuran pertandingan, lebih ramai rakyat China berminat akan acara sukan golf. Kemudahan padang golf yang semakin baik dan jumlah peminat yang lebih ramai merupakan syarat baik bagi menubuhkan pasukan profesional sukan golf.

Di beberapa negara, acara golf dianggap sebagai acara sukan yang bersopan santun, bukan acara yang harus diberi peruntukan kewangan yang banyak. Acara itu boleh dilaksanakan acara awam. Encik Zheng Yudong yang bekerja di sebuah syarikat IT merupakan seorang peminat golf. Beliau sentiasa bermain golf pada hujung minggu dan menjadikan acara golf sebagai acara sukan untuk beriadah. Beliau juga menikmati pertandingan tersebut. Beliau berpendapat bahawa penganjuran pertandingan peringkat tertinggi tersebut akan menjadikan lebih ramai orang berminat akan acara sukan golf. Beliau berkata, "Saya berasa sangat gembira apabila mendapat tahu yang Tiger Woods dan Colin Montgemerie turut menyertai pertandingan tersebut. Saya boleh nikmati persembahan mereka. Pada masa lapang, saya suka bermain golf dengan rakan. Walaupun masa tidak panjang, tetapi saya semakin meminati acara itu dan golf juga semakin diminati ramai di China."

Melalui perkembangan selama 20 tahun, industri sukan golf telah ditubuhkan di China. Berdasarkan statistik, terdapat seramai 4.5 juta orang peminat acara sukan golf di China. Selain itu, berdasarkan statistik Persatuan Golf Antarabangsa, China telah melebihi Jepun menjadi negara kedua paling banyak mengeluarkan peralatan golf di dunia dan China berkemungkinan melebihi A.S. yang menduduki tempat pertama sekarang dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pemain golf terkenal di dunia Tiger Woods berpendapat bahawa golf mempunyai masa depan yang amat baik di China memandangkan bilangan penyertaan dan penganjuran pertandingan yang semakin banyak diadakan. Beliau berkata, "Jumlah peminat sukan golf di China sedang meningkat dengan cepat dan China juga banyak menganjurkan pertandingan peringkat tertinggi. Saya berpendapat, ini merupakan arah perkembangan yang baik. Sekarang lebih ramai orang China berminat akan acara sukan golf termasuklah orang muda. Oleh itu, warga China berkemungkinan mencapai kejayaan dalam pertandingan golf pada masa depan dan akhirnya tentu ada warga China yang akan menjadi johan."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian