v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kedua-dua Pantai Selat Taiwan Tingkatkan Pertukaran Sukan

2005-12-08 11:43:02 CRI

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertukaran dan kerjasama kedua-dua pantai selat Taiwan dalam bidang ekonomi dan kebudayaan semakin erat. Ini juga mendorong kerjasama sukan kedua-dua pantai selat Taiwan.

Meningkatkan pertukaran dengan kedua-dua pantai Selat Taiwan merupakan hasrat bersama saudara senegara. Kini, pertukaran sukan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan semakin erat, dan pertukaran lawatan pegawai juga meningkat dengan ketara. Beberapa orang jurulatih Kung fu dan bola sepak wanita dari Tanah Besar China telah dilantik sebagai jurulatih di Taipei dan beberapa orang jurulatih dari Taipei pula telah menjawat jawatan jurulatih di Tanah Besar China. Antaranya termasuklah johan dunia dalam acara Taekwando daripaa pasukan Taekwando Taipei China pernah berlatih bersama-sama dengan atlet Tanah Besar China di Sekolah Sukan Shichahai Beijing. Anggota Suruhanjaya Sukan Olimpik Antarabangsa Taipei China Encik Wu Jingguo berpendapat bahawa atlet Taipei mampun meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik dan ini dapat menyediakan peluang untuk meningkatkan pertukaran dalam bidang sukan dan prestasi atlet kedua-dua pantai Selat Taiwan. Beliau berkata,

"Pertukaran dalam bidang sukan kedua-dua pantai Selat Taiwan mula dilaksanakan pada tahun 1989. Dalam tempoh belasan tahun yang lalu, ramai atlet dari provinsi Taiwan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di Tanah Besar China. Pasukan Tanah Besar China juga mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di Taiwan. Jumlah yang terlibat dalam pertukaran lawatan tersebut telah meningkat pada setiap tahun, ini mencerminkan bahawa pertukaran sukan dengan kedua-dua pantai Selat Taiwan juga turut meningkat."

Pada tahun 1997, Jawatankuasa Sukan Olimpik kedua-dua pantai Selat Taiwan telah bersama-sama menganjurkan ceramah sukan. Menurut judualnya ceramah tersebut diadakan pada setiap tahun. Pada awal tahun ini, Ceramah ke-8 telah diadakan di Taipei. Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik China Encik Liu Peng dan Pegawai Jawatankuasa Sukan Olimpik Taipei China Huang Dazhou turut menghadiri ceramah tersebut. Kedua-dua pihak berharap pertukaran dalam bidang sukan dengan kedua-dua pantai Selat Taiwan akan terus meningkat. Sehubungan dengan itu, Encik Wu Jingguo menyatakan, "Saya berpendapat bahawa pertukaran tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor politik. Pertukaran dalam bidang sukan juga seharusnya tidak dipengaruhi oleh faktor politik, agama dan suku kaum. Orang ramai boleh meningkatkan persefahaman antara satu sama lain melalui pertukaran dalam bidang sukan dan kebudayaan. Oleh itu, marilah kita berusaha bersama-sama membangunkan negara kita."

Difahamkan, sejak Tanah Besar China membenarkan saudara senegara iaitu Taiwan melawat ke Tanah Besar China pada tahun 1987, beberapa delegasi sukan Taiwan telah melawat dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di Tanah Besar China.

Arah aliran peningkatan pertukaran dalam bidang sukan dengan kedua-dua pantai Selata Taiwan telah menunjukkan bahawa pertukaran dan kerjasama seumpana itu selaras dengan kepentingan dan keperluan penduduk kedua-dua pantai Selat Taiwan. Ahli Jawatankuasa Sukan Olimpik Taipei China Encik Wu Jingguo berkata, "Saya yakin, pertukaran lawatan sukan kedua-dua pantai Selat Taiwan dapat memainkan peranan baru, diharapkan tokoh politik dapat menimba pengalaman dalam bidang sukan dan menyelesaikan isu Taiwan dengan secepat mungkin. Kami juga berharap pertukaran tersebut semakin erat dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain supaya kita berusaha bersama-sama mencapai kejayaan yang saling menguntungkan."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |