v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pakaian Angkasawan

2005-12-19 15:15:47 CRI

Jika kita menonton TV, membaca majalah atau akhbar, kita akan dapati bahawa angkasawan China Fei Junlong dan Nie Haisheng yang menaiki kapal angkasa lepas "Shenzhou VI" memakai pakaian khas. Jika kita perhatikan dengan teliti, kita akan dapat mengesan bahawa di bahagian pusat pakaian angkasawan disediakan satu kelengkapan yang berbentuk bulat dan beberapa paip halus dipasang di kiri dan kanan pakaian tersebut.

Sebenarnya pakaian angkasawan merupakan alat perlindungan untuk menjamin nyawa dan keselamatan angkasawan semasa mereka bertugas di angkasa lepas. Pakaian itu mempunyai 2 jenis, iaitu pertama ialah pakaian yang dipakai oleh angkasawan ketika mereka bekerja di dalam kapsul induk kapal angkasa lepas dan pakaian yang kedua ialah pakaian yang dipakai semasa angkasawan keluar dari kapsul. Pakaian yang dipakai oleh angkasawan semasa berada di dalam kapsul adalah untuk menghadapi keadaan kecemasan apabila kapsul itu tidak kedap dan bertujuan untuk menjaga keselamatan angkasawan. Jika kapsul itu kedap, bahagian dalam pakaian angkasawan tidak akan mempunyai lebihan tekanan. Sistem aliran angin beroperasi, untuk menjamin tahap suhu yang diperlukan oleh angkasawan. Semasa kapsul itu kehilangan kekedapan, pakaian angkasawan itu secara automatik akan menambah tekanan dan mengekalkan tekanan sebagaimana yang telah ditetapkan. Jika masa penyelamatan kecemasan itu terlalu panjang, kelengkapan pengumpulan air kencing juga boleh dipasang, dan membolehkan pakaian itu berfungsi sebagai penyimpan air kencing.

Struktur pakaian angkasawan untuk keluar daripada kapsul adalah lebih rumit berbanding pakaian yang digunakan di dalam kapsul. Pada masa ini, China masih tidak berkemampuan untuk menghasilkan pakaian tersebut.

Pakaian yang dipakai oleh kedua-dua angkasawan Fei Junlong dan Nie Haisheng dikaji dan dibuat oleh China sendiri. Pakaian itu seberat kira-kira 10 kilogram dan sangat mahal harganya mencecat ratusan ribu Yuan Renminbi. Kelengkapan berbentuk bulat yang dipasang di bahagian atas pakaian boleh bergerak, fungsinya adalah untuk menyelaras tekanan, suhu dan kelembapan bagi pakaian angkasawan. Terdapat paip halus di bahagian perut kanan pakaian itu merupakan alat telekomunikasi untuk angkasawan, manakala 2 paip di bahagian perut kiri pakaian merupakan kelengkapan untuk bekalan oksigen dan juga mengeluarkan karbon dioksida bagi angkasawan.

Kecuali topi keledar dan sarung tangan buatan getah, seluruh pakaian angkasawan dibuat daripada poliester yang khas, dapat memenuhi pelbagai keperluan kepada angkasawan semasa kapal angkasa lepas sedang bergerak atau mendarat. Dalam keadaan normal, seseorang angkasawan akan mengambil masa selama 3 minit untuk memakai pakaian tersebut. Manakala pemakaian pakaian itu mengambil masa kira-kira 10 minit. Pemakaian pakaian khas ini memudahkan angkasawan bergerak dan melakukan aktiviti.

Pada umumnya, pakaian angkasawan terbentuk daripada yang boleh menamabah tekanan, topi keledar, sarung tangan, kasut, beberapa paip lembut untuk mengalirkan angin dan membekalkan oksigen. Pendek kata, pakaian angkasawan merupakan peralatan yang penting dalam aktiviti penerokaan angkasa lepas. Angkasawan mesti memakai pakaian itu semasa kapal angkasa lepas mula melepas ruang angkasa, mengubah orbit dan mendarat. Ini disebabkan proses tersebut merupakan satu proses yang berbahaya. Keadaan ini berbeza dengan keadaan semasa proses penerbangan yang biasa, sekarang angkasawan tidak perlu memakai pakaian tersebut. Teknologi penghasilan pakaian itu sangat rumit lagi berhubung erat dengan sektor pemesinan, penenunan, industri kimia, telekomunikasi, kepanasan, elektrik dan lain-lain. Bolehlah dikatakan, penghasilan pakaian angkasawan telah melibatkan bidang sains dan teknologi yang canggih.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |