v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembudayaan Arak China

2005-12-28 11:17:28 CRI

Arak China telah mempunyai sejarahnya yang agak lama iaitu lebih 5000 tahun, dan ini telah membentuk satu sifat yang khas. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, industri membuat arak berkembang pesat di China, dan jumlah penghasilan tahunan arak China telah menduduki tempat kedua di dunia.

Minuman arak telah membentuk satu budaya yang tersendiri, dan mempunyai kedudukan yang khusus dalam kebudayaan tradisional China. Dalam sejarah peradaban beberapa ribu tahun yang lampau, arak telah menembusi pelbagai bidang dalam kehidupan masyarakat. Pertama, China ialah sebuah negara yang berasaskan pertanian. Maka, sebarang tindakan politik dan ekonomi mestilah berasaskan kepada perkembangan pertanian. Kebanyakan arak di China dibuat daripada beras dan bijirin yang lain. Penghasilan arak bergantung kepada pertanian dan menjadi sebahagian daripada ekonomi pertanian. Pengeluaran beras berkait rapat dengan industri arak. Pemerintah pelbagai dinasti zaman feudal China mengeluarkan arahan larangan arak atau membatalkan larangan itu berdasarkan penghasilan bijirin, dan dengan menggunakan cara ini dapat mengawal jumlah menghasilan arak. Industri arak juga mencerminkan keadaan penghasilan pertanian, yang juga merupakan salah satu kunci untuk mengetahui bencana dalam sejarah. Di beberapa kawasan, perkembangan industri araknya memainkan peranan yang positif terhadap peningkatan taraf hidup masyarakat di kawasan tersebut.

Pendek kata, arak telah menjadi suatu tanda peradaban. Kalau seseorang mahu mengkaji sejarah peradaban sesuatu masyarakat, maka mestilah mengkaji sejarah pembudayaan arak. Pembudayaan arak China mempunyai kandungan yang kaya, yang akan membawa keseronokan dan ilham kepada para orang ramai.

Pada beberapa festival penting di China, aktiviti minum arak akan turut diadakan. Contohnya "arak calamus" diminum semasa Perayaan Pesta Ketupat, "arak bunga kekwa" diminum semasa Festival Chongyang untuk mendaki gunung pada 9 haribulan September menurut kalendar tradisional China, dan "arak menjelang tahun baru" semasa malam menjelang Tahun Baru China.

Seterusnya, saya akan memperkenalkan dua jenis arak dalam adat istiadat China. Satu jenis ialah "arak menjelang tahun baru", dan sejenis lagi ialah "arak anak perempuan".

Tahun Baru China ialah festival yang paling penting bagi rakyat China. Festival itu ialah festival penyatuan semula keluarga. Makan malam semasa menjelang Tahun Baru China merupakan hidangan makanan yang paling banyak dalam satu tahun. Sama ada orang miskin, atau orang yang tidak minum arak pada waktu biasa, mereka akan minum arak semasa makan malam menjelang Tahun Baru China. Selepas makan malam itu, ada juga diamalkan oleh sesetengah orang adat istiadat minum arak untuk berjaga malam. Pada Tahun Baru China, sesetengah orang hanya duduk di rumah dan tidak keluar ke mana-mana. Akan tetapi bermula hari kedua bulan pertama Tahun Baru China kebanyakan orang akan luar untuk melawat saudara-mara dan kawan-kawan. Tuan rumah akan menyediakan berjenis-jenis makanan dan arak untuk para tetamu bagi merayakan Tahun Baru China.

"Arak anak perempuan", ertinya ialah: di bahagian selatan China, selepas seseorang anak perempuan dilakhirkan, proses penapaian arak akan dimulakan. Selepas arak itu siap diperam, arak itu akan direndam di dasar kolam. Apabila anak perempuan itu berkahwin, ibu bapanya akan mengeluarkan arak itu dan memberikannya kepada tetamu untuk diminum. Arak itu diwaris di bandar Shaoxing Provinsi Zhejiang, dan berkembang menjadi "arak ukiran bunga" yang sangat terkenal. Kualiti arak itu tidak berbeza dengan arak Shaoxing yang biasa, Cuma bekas untuk menyimpan arak itu yang sangat unik dan tersendiri. Pada muka bekas pengsisi arak terdapat ada pelbagai corak ukiran, dan setiap corak menandakan satu erti untuk merayakan perkahwinan.

Pembudayaan arak sebagai satu bentuk budaya, mempunyai tempat yang penting dalam kebudayaan tradisional China. Sejarah ialah suatu sungai yang panjang. Pembudayaan arak China merupakan bahagian yang istimewa dan penting dalam sejarah yang lama itu.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |