v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengajar Riadah Luar harus Punya Silji Kelayakan untuk Bertugas

2006-01-10 14:30:36 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, dimaklumkan daripada Persatuan Pendakian Gunung China, sidang kerja kelab riadah luar China ke-4 yang diadakan di pangkalan latihan pendakian gunung China di distrik Huairou bandar Beijing mendedahkan bahawa pengajar riadah luar harus mempunyai silji kelayakan untuk bertugas.

Ketua Pengarah Pusat Pentadbiran Riadah pendakian Gunung Jabatan Am Sukan China Li Zhixin menegaskan, ketika menganjurkan ramai orang bersenam, kelab riadah luar mesti mementingkan keselamatan. Riadah baru dapat berkembang secara baik dan pesat, hanya berdasarkan haluan yang standard, di sisi undang-undang dan selamat.

Oleh sebab itu, Persatuan Pendakian Gunung China telah mengadakan 18 penggal kursus latihan pengajar riadah luar, pemandu mendaki cadas dan gunung pada tahun yang lalu. Terdapat 250 orang mengikut latihan tersebut. Baru-baru ini, Persatuan Pendakian Gunung China akan melaksanakan kerja kelayakan latihan yang diluluskan oleh jabatan China yang berkaitan dan Persatuan Pendakian Gunung China. Pada masa itu, pengajar riadah luar harus mempunyai silji kelayakan untuk bertugas.

Sidang kerja kelab riadah luar China ke-4 yang diadakan oleh Persatuan Pendakian Gunung China merupakan sidang kebangsaan pertama selepas riadah luar di gunung menjadi acara sukan rasmi China pada April tahun yang lalu. Tindakan yang membolehkan riadah luar di gunung menjadi acara sukan rasmi China menandakan bahawa acara itu berkembang kepada tahap standard daripada tahap spontan dan bertunas.

Pada tahun 2005, Persatuan Pendakian Gunung China telah berjaya menganjurkan pertandingan cabaran riadah luar Dataran Tinggi Pamir Piala "Zhong Kun", pertandingan cabaran riadah luar antarabangsa Wulong Chongqing di kawasan gunung dan pertandingan terakhir pertandingan cabaran lintas alam di kawasan gunung. Tahap pelbagai aspek termasuk pengaturan dan atlet telah sangat meningkat, pengaruhnya juga diperluas di seluruh China.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |