v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Taekwando China Bercita-cita Capai Kejayaan Baru dalam Sukan Olimpik Beijing 2008

2006-01-12 15:24:44 CRI

Ketua Pengarah Pusat Hal Ehwal Petinju dan Taekwando Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Zheng Yu dalam Sidang Tahunan Taekwando 2005 yang diadakan pada 21 Disember tahun lalu menyatakan bahawa pasukan Taekwando China bercita-cita mencapai kejayaan baru dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 iaitu peserta wanita meraih dua pingat emas dan peserta lelaki meraih pingat.

Selepas acara Taekwando ditetapkan sebagai acara rasmi dalam Sukan Olimpik, pasukan Taekwando China telah meraih tiga pingat emas dalam dua sukan olimpik yang lalu, antaranya termasuklah dua pingat emas yang diraih dalam Sukan Olimpik Athens. Encik Zheng Yu semasa membentangkan cadangan acara Taekwando pada tahun 2006 menyatakan bahawa "menghadapi Sukan Olimpik Beijing 2008, tahun ia merupakan fasa pasukan Taekwando mencapai kemajuan secara menyeluruh, matlamat utamanya ialah peserta wanita meraih dua pingat emas dan peserta lelaki meraih pingat."

Walaupun pasukan Taekwando wanita China telah meraih dua pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens, akan tetapi ini tidak bermaksud pasukan Taekwando wanita China boleh meraih dua pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 dengan mudah. Ketua jurulatih pasukan Taekwando China Encik Chen Liren menyatakan bahawa perkembangan keseluruhan pasukan Taekwando China masih tidak seimbang pada masa ini. Dua pingat emas yang dicapai dalam Sukan Olimpik Athens melalui acara bagi kategori berat wanita, kelebihan peserta China hanya tertumpu kepada kategori berat. Walaupun prestasi peserta wanita China bagi kategori lain juga turut meningkat, akan tetapi masih tidak stabil. Di samping itu, peserta lelaki China masih berada di tahap peringkat awal dan memerlukan masa yang panjang untuk mencapai kemajuan. Encik Chen Liren berkata, "prestasi pasukan Taekwando China pada keseluruhannya masih jauh lebih rendah daripada sasaran untuk mencapai matlamat pada Sukan Olimpik Beijing 2008 tersebut."

Tambah beliau, dalam pertandingan antarabangsa pada tahun lalu, pasukan Taekwando China mendapati bahawa pasukan Taekwando negara masih memelihara arah aliran perkembangan dengan kemunculan ramai pesaing baru. Semakin banyak negara dan kawasa lain yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan dalam acara Taekwando. Pertandingan peringakat antarabangsa akan menjadi semakin sengit.

Semasa memperkatakan matlamat pada tahun 2006, Naib Ketua Pengarah Pusat Taekwando Encik Zhao Lei menyatakan bahawa pasukan Taekwando China akan meningkatkan prestasi keseluruhan pasukan Taekwando melalui Kejohanan Belia Dunia, Piala Dunia dan pertandingan bersiri yang lain. Beliau menegaskan bahawa dalam Sukan Asia Doha 2006, pasukan Taekwando China bukan sahaja bercita-cita untuk mengisi kesokongan pingat emas dalam acara Taekwando, tetapi juga berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai kategori serta peserta lelaki akan berusaha untuk mencapai kemajuan. Berdasarkan kepada pencapaian matlamat dalam Sukan Asia tersebut, pasukan Taekwando China juga turut berusaha memilih calon pemain yang unggul supaya dapat membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |